Friday, March 26, 2010

"Water village" or " Water Front" --> as for...contemplation....

Friday, March 26, 2010 0 ulasan

Water Village of BSB, Brunei --Visit Brunei: Kampong Ayer Boat Ride --
( http://www.youtube.com/watch?v=k6_1hX7nuDs )

Read more
Posted in

Wednesday, March 24, 2010

Mengkabong tidak lagi "Mengkabong Water village" Tetapi "Mengkabong Village Water Front"

Wednesday, March 24, 2010 1 ulasan

Seperti yang telah diketahui umum, kampung Mengkabong adalah sebuah perkampungan nelayan atas air yang di duduki oleh masyarakat kaum Bajau Sama semenjak dahulu sehingga sekarang ini. Keadaan ini hampir sama juga dengan perkampungan air di dalam negara atau luar negara, terutama di kawasan Asia tenggara. Antaranya, perkampungan air Brunei, Perkampungan air Kalimantan dan beberapa lagi lainnya.

Walau bagaimana pun,masyarakat kaum Bajau Sama,kini telah pun mengalami peralihan kebudayaan, dimana penduduknya mempunyai pelbagai kaum lain yang bermastautin di kawasan setempat. Ini disebabkan hasil perkhawinan campur berlaku secara tidak langsung. berdasarkan, kajiselidik ringkas dibuat didapati bahawa sekarang ini terdapat kaum lain, selain kaum Bajau sendiri, antaranya iaitu Melayu Brunei,Melayu Semenanjung-Negeri sembilan,Johor,Trengganu, Kedah, Selangor dan Perak. Dan bagi Kaum Tempatan Dusun,kadazan, Murut,Iranun, rungus, Jawa, Bugis,Cina,India,Arab,Bajau Suluk,Filipino,Punjabi,Pakistan dan beberapa kaum yang tidak dinyatakan di sini.

Kampung Mengkabong sebelum ini sering kali telah dikunjungi oleh pelancong dari luar negara seperti Britian(Eropah),USA,China, Jepun,Hongkong,Taiwan,korea. Berdasarkan rekod, Pelancong Jepun, Korea,Taiwan @ Britian(Eropah)merupakan jumlah teramai berkunjung ke tempat tersebut. Malah salah satu pakej pelancongan, melancong ke Sabah,kepulauan Borneo, Malaysia umumnya,

kampung Mengkabong atas air yang sering menjadi daya tarikan pelancongan. Tidak dinafikan,"kampung Air Mengkabong ini tersenarai dalam pakej pelancongan bagi mana-mana agensi pelancongan yang berpangkalan di Sabah, khususnya Bahagian Pantai Barat Selatan. Alangkah uniknya Kampung Mengkabong di mata pengunjung luar".aesalno at 11/16/2009 08:40:00 PM -(http://suduplastik.blogspot.com/).Malah, terdapat beberapa laman web pelancongan yang Menawarkan pekej ini. Dan juga,terdapat beberapa jenis Poskad berlatarkan gambar "Mengkabong Water Village" yang mewaklili Negara Malaysia secara langsung ada di sana.Di sini timbul persoalan, masih adakah lagi para pelancongan ini berkunjung ke sini setelah keadaan berubah rupa dan setelah namanya tidak lagi "Mengkabong water Village"?

Tanpa disedari, kini Kampung Mengkabong tidak lagi dipanggil "kampung air Mengkabong" atau " Mengkabong Water Village" seperti yang terdapat dalam peta dunia, tetapi akan bertukar nama kepada "Pesisiran (depan) air Kampung Mengkabong " atau "Mengkabong village water front" atau nama lain selain daripada itu.

Ini adalah kerana kampung tersebut "telah mendapat pembelaan kerajaan Barisan Nasional melalui program penimbusan /penyusunan semula Kg. Mengkabong yang menelan belanja RM80 juta. Penyusunan semula Kg. Mengkabong menjadi agenda perjuangan YB Datuk Hajiji Hj. Noor untuk terus memajukan masyarakat di kawasannya tanpa mengira agama dan bangsa".dipetik dari blog - jomotuaran -kiriman oleh: Agus Terobong;Hari Selasa,Tarikh Ogos 18, 2009 2:30 pagi -( http://jomotuaran.blogspot.com )

Melalui Program penyusunan ini, iaitu "Perumahan Baru Kampung Mengkabong" merupakan Perubahan Pembangunan yang dinanti-nantikan sekian lama oleh penduduk kampung. Penyusunan semula setiap rumah yang berselerak kepada keadaan sistem perumahan lebih teratur dari sebelumnya.

Ini membolehkan setiap rumah akan memperolehi kemudahan infastuktur yang baik,termasuk bekalan elektrik dan sumber air yang bersih. Apa yang pasti penduduk tidak lagi diancam bencana alam iaitu banjir air pasang laut (Rob) yang mengancam penduduk sejak lima tahun lalu.Apa yang pasti penduduk tidak lagi diancam bencana alam iaitu banjir air pasang laut (Rob) yang mengancam penduduk sejak lima tahun lalu.

-sila rujuk web- ( http://wahyuancol.wordpress.com/2008/11/19/banjir-air-pasang-rob-dan-subsiden-jawaban-untuk-nisa/)

Namun, sebelum dan semasa program penyusunan "Perumahan Baru Kampung Mengkabong" dilakukan Pelbagai senario telah timbul. bersambung....

Read more
Posted in

Tuesday, March 23, 2010

Sejarah kampung Mengkabong : Asal-usul Nama Kampung Mengkabong, Tuaran

Tuesday, March 23, 2010 1 ulasan


Kata pepatah,"langkah pertama lebih penting daripada kata pertama". Manusia kecil hanya mampu melangkah dengan langkah kecil, berbanding dengan manusia besar, jiwanya besar maka tindakannya perlu besar. Tapi dalam erti kejiwaan manusia kecil perlu mempunyai jiwa yang besar.

Mengkabong terletak kira-kira 7 km daripada bandar Tuaran, Sabah. Anggaran penduduk melebihi angka 1000 orang. Kampung Mengkabong merupakan perkampungan air yang suatu ketika dahulu menjadi tarikan pelancong. Pembinaan rumah di atas air yang beratapkan nipah dan bertiangkan kayu nibong menjadi salah-satu keunikan pemandangan yang menarik.

Melalui cerita orang-orang tua di Kampung Mengkabong, perkataan "mengkabong" berasal daripada sebuah pokok yang mempunyai buah yang dipanggil buah kabung. Kononnya dijaga oleh seekor makhluk yang dipanggil "Tembuakar".

Cerita kedua "mengkabong" berasal daripada perkataan pokok nibong yang tumbuh banyak berdekatan dengan persisiran Teluk Mengkabong, Tuaran. Pokok nibong menjadi berbagai guna di kampung Mengkabong, Tuaran ketika itu terutamanya untuk membuat rumah dan pucuk boleh dimakan sebagai ulam atau sayuran.

Cerita ketiga "mengkabong" berasal daripada gabungan beberapa buah kampung seperti Kampung Pensurun, Ensoang, Gerinsing, Belud Empalam, Torong Tembiluk (Buansa), dan beberapa kampung lain yang berdekatan.

Menurut cerita yang keempat yang tidak dapat dipastikan iaitu mengisahkan seorang pahlawan orang darat yang berbangsa dusun yang bernama "si Kabong" bersama orang-orangnya telah bergabung tenaga untuk membuka kawasan kampung Mengkabong, Tuaran. Sempena memperingati jasa beliau nama Kampung Mengkabong, Tuaran dikaitan dengan nama pahlawan tersebut iaitu "Mengka" (bermaksud pengkaan / membuat pengkaan) dan "Kabong" (nama pahlawan darat), maka digabungkan "Mengkabong". Dikatakan selepas daripada peristiwa tersebut permusuhan antara orang-orang Dusun dan orang-orang Bajau dapat diselesai dan suasana harmoni masih terasa dan patut dikekalkan hingga ke hari ini.

Selain itu, terdapat juga cerita-cerita yang mengatakan bahawa pembukaan Kampung Mengkabong ini dilakukan oleh golongan yang berketurunan "Sharif" dan "Pangeran", tetapi nama beliau tidak dapat dipastikan dengan tepat dan jelas. bermula dengan situasi ini golong "Sharif" dan "Pangeran" dikatakan pihak yang bertanggungjawab mentadbir Kampung Mengkabong, Tuaran ketika itu. ini terbukti dengan pusara lama yang terdapat di Tanah Perkuburan Kampung Pensurun, Tuaran dan yang berdekatan.

Cerita Asal: Nurul Farihah.W Bt.Z

Rujukan & Disunting Dari :Sinar Saman Baru - http://norinahmazlan.blogspot.com/

Photo resource :Borneo Tour Specialist- http://www.borneo.com.au/sabah/tours/kk5

Read more
Posted in

Pages

Followers