Wednesday, March 24, 2010

Mengkabong tidak lagi "Mengkabong Water village" Tetapi "Mengkabong Village Water Front"

Wednesday, March 24, 2010 1 ulasan

Seperti yang telah diketahui umum, kampung Mengkabong adalah sebuah perkampungan nelayan atas air yang di duduki oleh masyarakat kaum Bajau Sama semenjak dahulu sehingga sekarang ini. Keadaan ini hampir sama juga dengan perkampungan air di dalam negara atau luar negara, terutama di kawasan Asia tenggara. Antaranya, perkampungan air Brunei, Perkampungan air Kalimantan dan beberapa lagi lainnya.

Walau bagaimana pun,masyarakat kaum Bajau Sama,kini telah pun mengalami peralihan kebudayaan, dimana penduduknya mempunyai pelbagai kaum lain yang bermastautin di kawasan setempat. Ini disebabkan hasil perkhawinan campur berlaku secara tidak langsung. berdasarkan, kajiselidik ringkas dibuat didapati bahawa sekarang ini terdapat kaum lain, selain kaum Bajau sendiri, antaranya iaitu Melayu Brunei,Melayu Semenanjung-Negeri sembilan,Johor,Trengganu, Kedah, Selangor dan Perak. Dan bagi Kaum Tempatan Dusun,kadazan, Murut,Iranun, rungus, Jawa, Bugis,Cina,India,Arab,Bajau Suluk,Filipino,Punjabi,Pakistan dan beberapa kaum yang tidak dinyatakan di sini.

Kampung Mengkabong sebelum ini sering kali telah dikunjungi oleh pelancong dari luar negara seperti Britian(Eropah),USA,China, Jepun,Hongkong,Taiwan,korea. Berdasarkan rekod, Pelancong Jepun, Korea,Taiwan @ Britian(Eropah)merupakan jumlah teramai berkunjung ke tempat tersebut. Malah salah satu pakej pelancongan, melancong ke Sabah,kepulauan Borneo, Malaysia umumnya,

kampung Mengkabong atas air yang sering menjadi daya tarikan pelancongan. Tidak dinafikan,"kampung Air Mengkabong ini tersenarai dalam pakej pelancongan bagi mana-mana agensi pelancongan yang berpangkalan di Sabah, khususnya Bahagian Pantai Barat Selatan. Alangkah uniknya Kampung Mengkabong di mata pengunjung luar".aesalno at 11/16/2009 08:40:00 PM -(http://suduplastik.blogspot.com/).Malah, terdapat beberapa laman web pelancongan yang Menawarkan pekej ini. Dan juga,terdapat beberapa jenis Poskad berlatarkan gambar "Mengkabong Water Village" yang mewaklili Negara Malaysia secara langsung ada di sana.Di sini timbul persoalan, masih adakah lagi para pelancongan ini berkunjung ke sini setelah keadaan berubah rupa dan setelah namanya tidak lagi "Mengkabong water Village"?

Tanpa disedari, kini Kampung Mengkabong tidak lagi dipanggil "kampung air Mengkabong" atau " Mengkabong Water Village" seperti yang terdapat dalam peta dunia, tetapi akan bertukar nama kepada "Pesisiran (depan) air Kampung Mengkabong " atau "Mengkabong village water front" atau nama lain selain daripada itu.

Ini adalah kerana kampung tersebut "telah mendapat pembelaan kerajaan Barisan Nasional melalui program penimbusan /penyusunan semula Kg. Mengkabong yang menelan belanja RM80 juta. Penyusunan semula Kg. Mengkabong menjadi agenda perjuangan YB Datuk Hajiji Hj. Noor untuk terus memajukan masyarakat di kawasannya tanpa mengira agama dan bangsa".dipetik dari blog - jomotuaran -kiriman oleh: Agus Terobong;Hari Selasa,Tarikh Ogos 18, 2009 2:30 pagi -( http://jomotuaran.blogspot.com )

Melalui Program penyusunan ini, iaitu "Perumahan Baru Kampung Mengkabong" merupakan Perubahan Pembangunan yang dinanti-nantikan sekian lama oleh penduduk kampung. Penyusunan semula setiap rumah yang berselerak kepada keadaan sistem perumahan lebih teratur dari sebelumnya.

Ini membolehkan setiap rumah akan memperolehi kemudahan infastuktur yang baik,termasuk bekalan elektrik dan sumber air yang bersih. Apa yang pasti penduduk tidak lagi diancam bencana alam iaitu banjir air pasang laut (Rob) yang mengancam penduduk sejak lima tahun lalu.Apa yang pasti penduduk tidak lagi diancam bencana alam iaitu banjir air pasang laut (Rob) yang mengancam penduduk sejak lima tahun lalu.

-sila rujuk web- ( http://wahyuancol.wordpress.com/2008/11/19/banjir-air-pasang-rob-dan-subsiden-jawaban-untuk-nisa/)

Namun, sebelum dan semasa program penyusunan "Perumahan Baru Kampung Mengkabong" dilakukan Pelbagai senario telah timbul. bersambung....

Posted in

1 ulasan:

  1. Unknown says:

    bolehka bagi sambungan dia

Post a Comment

Pages

Followers