Wednesday, September 22, 2010

Pick-up bus and Cute kid in water village

Wednesday, September 22, 2010 0 ulasan

Pick-up bus



One of the many forms of transportation in Borneo.
This is the equivalent of a bus in some parts of rural Sabah.

Tags: Sabah transport
Photos by losttraveller -November 16, 2009
http://lostborneo.wordpress.com/category/photos/

Cute kid in water village



Cute kid in water village Mengkabong

Tags: Bajau, Borneo, Mengkabong, Sabah, water village
Photo by Sato Atsuko/losttraveller-October 7, 2009
http://lostborneo.wordpress.com/category/photos/
http://lostborneo.wordpress.com/tag/mengkabong/

Read more
Posted in

Monday, September 20, 2010

Gambar Mengkabong pada tahun 80an-70an

Monday, September 20, 2010 1 ulasan

Shaunna's Postcrossing & Postcard Addiction
The postcards that I have received over the years, through penpals, swaps and of course, postcrossing. :) And you may notice a lot of fairies and such. I admit it. I'm obsessed. :)

13 MAY 2010- Size: 1060 × 753 - Type: 101KB JPG


"Mengkabong, Malaysian Borneo" - Traditional fishing village While I love water, this would probably be too much - I am the type that would sit on the shore and stare at the water for hours, listen to it come in, play in it - but I could always get out. Here, even the houses are in the water! Thanks Mohamad!
(http://collectionpyowb.blogspot)


Edit: shaunnaf.blogspot.com - Posted by: Shaunna - At:12:00 PM

Read more
Posted in

Mengkabong Water Village: A water village no more

0 ulasan

BORNEO GEOGRAPHIC - Thursday, June 3, 2010

Borneo is very well known for its people and one of these people are Bajau tribes who lives in water village where houses were built on stilt above water. There are still few water village left around Borneo island and some are made it to become one of the tourist attraction. Mengkabong village was once a tourist attraction and now no more. The declining of numbers in tourism has affected the economy of Sabah in 2009 and so to Mengkabong.


An aeriel view of the Mengkabong village two years ago.

About 90% of the village population consist of Bajau tribe and they depending so much on sea of lively hood.


A scene that you will never see again in Mengkabong.

The Mengkabong estuary which has its mangrove forest quickly become tourist attraction. Few wildlife can be seen here which are the Long Tailed Macaque, Smooth Otter, Monitor Lizard and several rare species of birds.


Tourist are so eager to see and learn about the ecosystem that the Mengkabong estuarine had which never to be found in many countries. They are so fascinated on how the mangrove forest contribute so much for the very lives around it. That including the people in the water village.
For the people in village, the modern world had force them to change their way of living.

Above picture show the water houses has been demolish and reclaimation has been done.

New houses was built and change completely the lives of the Bajau People in Mengkabong.

Thursday, June 3, 2010

Posted by Jollence Lee

at 11:04 PM 0 comments
Labels: Environment, Tribes and Cultures

http://www.borneogeographic.com/

Read more
Posted in

Sunday, September 19, 2010

MENGKABONG TERBAKAR

Sunday, September 19, 2010 0 ulasan


TUARAN: Lebih 30 penghuni enam rumah papan hilang tempat tinggal, apabila kediaman mereka musnah terbakar di perkampungan nelayan atas air, di Kampung Pensurun, Mengkabong, di sini (gambar atas) pada pagi Aidilfitri, kelmarin.

Sewaktu kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, sebahagian besar penghuni rumah terbabit tiada di rumah, kerana pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid terletak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

Api dipercayai bermula dari sebuah rumah, sebelum merebak dengan pantas pada lima rumah lain yang dibina terlalu rapat di antara satu dengan lain, di situ.

Kebakaran itu menyebabkan pemilik rumah terbabit gagal untuk menyelamatkan harta benda, termasuk dokumen penting mereka dari rumah yang musnah dalam tempoh 20 minit itu.

Seorang mangsa, Laiman Siso, mendakwa bukan saja kehilangan rumah didiami 12 anggota keluarganya, malah tidak sempat menyelamatkan harta benda ada di dalam rumah itu.

"Semua persiapan Aidilfitri turut musnah sekelip mata. Ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana pulang menyambut Aidilfitri di rumah mertua di Sembulan, Kota Kinabalu,” katanya.

Sebanyak lima jentera bomba dengan 20 anggota, dua dari Balai Bomba Tuaran, Balai Bomba Kota Kinabalu (2) dan Balai Bomba Lintas (1) bergegas ke tempat tragedi untuk memadamkan kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.18 pagi.

Pemangku Pegawai Penjaga Balai Bomba Tuaran, Lanjuran Bilang, berkata sewaktu tiba di tempat kejadian, sebahagian besar rumah papan itu sudah musnah.

"Kami berjaya mengawal kebakaran itu jam 8.29 pagi, walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana tidak ada pili bomba di kawasan terbabit, yang terletak di atas air.

"Namun, usaha memadam kebakaran berjaya dilaku menggunakan pam mudah alih, dengan menyedut air laut," katanya.

Bilang berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

14/10: MENGKABONG TERBAKAR

Category: General Posted by: keruak

http://www.keruak.com/diariyb/news.php?itemid=1209

Catatan : Pada 1 Syawal, di pagi Aidilfitri....

Read more
Posted in

RM202 JUTA BINA RUMAH ORANG MISKIN SABAH & SARAWAK

0 ulasan


KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,050 unit rumah baru, termasuk rumah panjang, yang lebih selesa akan dibina untuk keluarga miskin tegar di Sabah dan Sarawak di bawah peruntukkan RM202 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar) berkata daripada jumlah itu sebanyak 2,550 unit dengan peruntukan RM102 juta akan dibina di Sarawak, dan selebihnya 2,500 unit membabitkan RM100 juta akan dibina di Sabah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

Projek pembinaan rumah baru itu juga turut meliputi pembinaan 145 unit rumah panjang yang bernilai RM6.38 juta di penempatan Seduku Baru, Batang Lupar, Sarawak serta lapan unit rumah panjang dengan setiap unit mempunyai 20 pintu bernilai RM6.4 juta di lapan daerah di Sarawak.

“Daerah terbabit ialah Limbang, Miri, Bintu-lu, Kapit, Mukah, Sarikei, Betong dan Sri Aman, yang terbabit dengan insiden kebakaran rumah panjang baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini kelmarin.

Muhammad berkata, kerajaan juga akan membina empat rumah penempatan baru di Sabah, melibatkan pembinaan 1,240 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM49.6 juta iaitu projek penstrukturan semula Kampung Mengkabong di Tuaran, Ladang PPRT Tongod dan Kalabakan, serta Kampung Kiandut.

“Sementara itu, RM50.4 juta lagi akan digunakan untuk projek individu,” katanya.

“Rumah-rumah berkenaan adalah sebahagian 17,000 unit rumah baru lebih selesa, luas dan berkualiti untuk keluarga miskin tegar yang akan dibina di seluruh negara di bawah PBR, yang membabitkan kos keseluruhan RM500 juta.

“Setiap rumah berharga RM40,000 seunit, dan keputusan itu dibuat oleh mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Okt lepas,” katanya.

Muhammad berkata, kementerian itu akan berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Kementerian Perumahan Sarawak mengenai pelan rumah panjang standard yang sedang dibangunkan itu..

“(Walaupun) pembinaan rumah berkenaan adalah mengikut pelan yang standard yang telah dikeluarkan oleh pihak JKR, ia boleh diubasuai mengikut keperluan sesuatu masyarakat atau kaum,” katanya.

Beliau berkata, di Sarawak juga pembinaan rumah PBR akan disesuaikan mengikut keperluan dan lokasi sesuatu masyarakat, termasuk membina rumah di penempatan rumah panjang.

Bagi memastikan pelaksanaan skim bantuan rumah itu dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan secara holistik, kementerian itu juga meminta kerajaan negeri termasuk yang dikuasai pembangkang membantu menyediakan tanah untuk tapak bagi membina rumah golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah RM720 sebulan.

Muhammad berkata, kementerian itu juga sudah meminta semua wakil rakyat mengemukakan maklumat terperinci mengenai keluarga termiskin di kawasan mereka, termasuk gambar dan status rumah berkenaan untuk tujuan tersebut.


Written by Admin
Sunday, 08 March 2009 17:24

Last Updated on Sunday, 08 March 2009 17:24

http://www.sabahkini.net

Read more
Posted in

1,000 rumah selesa untuk nelayan Mengkabong 2009

0 ulasan

Tuaran:Kerajaan akan membelanjakan RM40juta bagi membina 1,000 rumah selesa dan berkualiti bagi menggantikan kediaman usang penduduk perkampungan nelayan atas air Mengkabong di sini,selewat-lewatnya tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ,berkata persetujuan itu dicapai selepas perbincangan mengenainya diadakan dengan wakil rakyat di Tuaran dan pegawai berkaitan.

ÏJumlah peruntukan itu adalah berdasarkan nilai baru kadar bantuan bina rumah rakyat termiskin di seluruh negara yang ditambah sehingga RM33,000, berbanding RM22,300 seunit di Semenanjung sebelum ini.

ÏBagi Sabah dan Sarawak ,nilai rumah rakyat termiskin dinaikkan RM40,000 seunit berbanding RM33,600 seunit sebelumnya,Ï katanya selepas melawat perkampungan nelayan Mengkabong di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Haji Mohd Noor, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Louis Rampas, dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Sabah (KEMAS), Kadri Ahmad.

Muhammad juga akan memaklumkan hasrat Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri membangunkan Mengkabong-perkampungan tidak tersusun berusia 500 tahun-kepada Ketua Menteri ,Datuk Seri Musa Aman.

Katanya,keputusan kerajaan menaikkan kadar bantuan bina rumah termiskin di seluruh negara dengan sendirinya memberi peluang keluarga miskin tegar, ibu dan bapa tunggal ramai tanggungan memiliki kediaman sendiri.

Berita Harian


Sumber Berita : Berita Harian (24/12/2008)

http://kklw.e-kerajaan.com/arkib.asp?berita=329&page=10

Read more
Posted in

Friday, September 17, 2010

ASAL USUL BANGSA BAJAU

Friday, September 17, 2010 0 ulasan

ASAL USUL BANGSA BAJAU- oleh BADAN GALAK PUSAKA (BGP) ~ Blog BAJAU SAMA ~

Thursday, 10. May 2007, 17:38:42

Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah.

Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara.

Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.

Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.

Kini masyrakat Bajau terpencar-pencar di pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya adalah dari etnik Bajau.

Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies oleh penjajah atau penulis-penulis Barat dan nama itu kekal menjadi rujukan pihak-pihak tertentu hingga ke hari ini. Bagi masyarakat Bajau itu sendiri mereka menamakan bangsa mereka sebagai bangsa Samah dan daripada perkataan Samah itulah terbit nama bahasa mereka iaitu Sinamah.

Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih kabur. Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masing-masing – kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang mendiami gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami wilayah Indonesia.

Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris.


KILAHUNBIH BANGSAHBIH
TABANGUN KAMIH NABANG BANGSAHTAH

--------------

1Sejarah Ringkas Bahasa Melayu dalam Nik Safiah Karim et.al (2002): Tatabaha Dewan, Kuala Lumpur: DBP

Dirujuk dan disunting daripada :BADAN GALAK PUSAKA ~ Blog BAJAU SAMA ~
http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961

Sambungan....

Badan Galak Pusaka, BGP # 17. August 2008, 03:46

Seperti yang dapat difahami, kehidupan tradisional bangsa Bajau adalah mencari rezeki di permukaan bumi nan luas ini khususnya di kawasan Asia Tenggara, baik di laut mahu pun di darat.

Meskipun masyarakat bangsa Bajau amat mementingkan keutuhan dan pembangunan keluarga serta penguasaan le'od (pusat petempatan yang mereka dirikan) tetapi tidak wujud dalam pemikiran mereka untuk membina atau mewujudkan sebuah negara. Sudah tentulah ini berkait rapat dengan tahap pemikiran mereka yang masih pagan (belum mengenal erti peradaban atau tamadun) itu. Hal yang sama berlaku juga kepada bangsa-bangsa lain seperti Iban, Murut, Melanau, Dayak, Negrito, Ta'usug (orang Suluk), Ilocano, Timor dan suku-suku bangsa lain yang mendiami kawasan pergunungan di Asia Tengara termasuk Maori di Australia dan New Zealand. Yang penting bagi suku-suku bangsa ini ialah keharmonian dan kesejahteraan dalam suku kaum dan le'od.

Walau bagaimanapun, bangsa Bajau yang mendiami gugusan pulau-pulau di sekitar Mindanao, berserta suku-suku bangsa lain khususnya Ta'usug telah membentuk negara mereka sendiri setelah diislamkan dan mengangkat 'orang asing' juga untuk menjadi ketua negara atau Sultan mereka. Itulah negara dan Kesultanan Sulu dengan sultan pertamanya Orang Arab yang bertanggungjawab mengislamkan masyarakat pagan khususnya Ta'usug (Suluk) dan Bajau di dalam lingkungan Kerajaan Sulu itu.

Setelah beberapa abad negara dan Kesultanan Sulu ini wujud, maka bangsa Bajau berserta suku-suku bangsa lain khusus Dusun, Murut dan peribumi lain di Borneo Utara turut menjadi rakyat kepada Kerajaan Sulu apabila sebahagian daripada Wilayah Borneo Utara ini diberikan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei. Maka dengan itu, negara orang-orang Bajau di North Borneo juga adalah negara Sulu. Keadaan ini berkekalan sehinggalah pada 1963 apabila North Borneo diisytiharkan menjadi Sabah untuk membolehkan Malaysia dibentuk, maka negara orang-orang Bajau, Dusun, Murut dan peribumi lain di Borneo Utara itu beralih kepada sebuah negara baru iaitu Malaysia.

Keistimewaan suku bangsa Bajau dan perbezaannya dengan suku-suku bangsa yang lain itu ialah masayarat Bajau tidak menumpu di satu-satu kawasan geografi. Bahkan suku bangsa ini terpencar-pencar di seluruh Nusantara. Ini sudah tentu berkait langsung dengan faktor kepakaran dan kemahiran mereka menguasai lautan; atau kepakaran mereka menguasai jalan-jalan laut dan lautan ini membolehkan mereka bergerak dan menetap di mana sahaja mereka sukai.

Justeru itu, apabila daerah luas Nusantara itu dibahagi-bahagikan menjadi beberapa negara oleh penjajah, suku bangsa Bajau menjadi rakyat atau wujud di semua negara-negara tersebut. Hal sedemikian tidak berlaku kepada suku-suku bangsa lain seperti Dusun, Momogun, Murut, Ilocano, Maori dan lain-lain itu kerana mereka menempati satu ruang geografi yang lebih sempit.

Seperti yang telah disentuh di atas, dalam menjalani kehidupan seharian dan mengekalkan keharmonian le'od, suku bangsa Bajau terlibat sama ada secara langsung atau tidak, dalam pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu tradisional termasuklah kerajaan Melayu Islam yang paling baharu (berbanding kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang lain), iaitu Kerajaan Kesultanan Sulu. Di Borneo, suku bangsa Bajau terlibat secara langsung dalam pewujudan dan pentadbiran Borneo Utara sama ada di bawah pemerintahan Kerajaan Kesultanan Sulu atau di bawah pentadbiran penjajah, manakala di Malaysia suku bangsa Bajau terlibat secara langsung dalam pewujudan dan pentadbiran kerajaan negeri Sabah dan pembentukan Malaysia.

Jadi di manakah negara Bajau itu terletak? Seandainya suku bangsa Bajau hanya wujud dan mendiami kuala sungai Kinabatangan sahaja, tentulah ramai beranggapan negara orang Bajau itu Malaysia atau negeri orang Bajau itu Sabah apabila negara Malaysia atau negeri Sabah terbentuk atau dibentuk (diwujudkan). Atau sekiranya suku bangsa Bajau itu hanya wujud dan mendiami Balik Papan, atau Mindanao, tentulah umum menganggap negara orang Bajau itu Indonesia atau Filipina setelah negara-negara tersebut terbentuk (diwujudkan). Demikianlah sekiranya suku bangsa Bajau itu hanya ditemui di Bandar Seri Begawan, tentulah para pengkaji menuliskan bahawa negara orang Bajau itu Brunei Darus Salam.

Kesimpulannya, suku bangsa Bajau bernegara di negara-negara Melayu di Nusantara atau, negara orang Bajau adalah negara-negara Melayu Nusantara.

Negara bangsa Cina itu di mana? Negara bangsa Arab itu di mana? Negara bangsa India itu di mana? Negara bangsa Bugis itu di mana? Negara bangsa Iban itu di mana? Negara masyarakat Dusun itu di mana? Negara orang Sakai itu di mana? Negara orang Jawa itu di mana? Negara orang Negro (bangsa kulit hitam) itu di mana?

Dirujuk dan disunting daripada :BADAN GALAK PUSAKA ~ Blog BAJAU SAMA ~
http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961

Read more
Posted in

Pages

Followers