Tuaran:Kerajaan akan membelanjakan RM40juta bagi membina 1,000 rumah selesa dan berkualiti bagi menggantikan kediaman usang penduduk perkampungan nelayan atas air Mengkabong di sini,selewat-lewatnya tahun depan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ,berkata persetujuan itu dicapai selepas perbincangan mengenainya diadakan dengan wakil rakyat di Tuaran dan pegawai berkaitan.
ÃJumlah peruntukan itu adalah berdasarkan nilai baru kadar bantuan bina rumah rakyat termiskin di seluruh negara yang ditambah sehingga RM33,000, berbanding RM22,300 seunit di Semenanjung sebelum ini.
ÃBagi Sabah dan Sarawak ,nilai rumah rakyat termiskin dinaikkan RM40,000 seunit berbanding RM33,600 seunit sebelumnya,Ã katanya selepas melawat perkampungan nelayan Mengkabong di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Haji Mohd Noor, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Louis Rampas, dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Sabah (KEMAS), Kadri Ahmad.
Muhammad juga akan memaklumkan hasrat Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri membangunkan Mengkabong-perkampungan tidak tersusun berusia 500 tahun-kepada Ketua Menteri ,Datuk Seri Musa Aman.
Katanya,keputusan kerajaan menaikkan kadar bantuan bina rumah termiskin di seluruh negara dengan sendirinya memberi peluang keluarga miskin tegar, ibu dan bapa tunggal ramai tanggungan memiliki kediaman sendiri.
Berita Harian
Sumber Berita : Berita Harian (24/12/2008)
http://kklw.e-kerajaan.com/arkib.asp?berita=329&page=10
Sunday, September 19, 2010
0 ulasan:
Post a Comment